Panduan bagi Penetapan Akaun Kejiranan
(UNTUK ADMIN SAHAJA)
   Panduan Pengguna Halaman Utama
Perlantikan Admin Master
 
Sekiranya anda mendaftar kejiranan anda dengan i-Neighbour, anda secara automatik akan menjadi Master Admin sistem yang membolehkan anda mengedit maklumat kejiranan. Dalam i-Neighbour, hanya satu Master Admin sahaja yang dibenarkan pada satu masa. Sekiranya anda ingin memindahkan status Admin Master, anda boleh melakukannya selepas menambah admin lain ke dalam sistem.
 
Tetapmula Sistem
Terdapat beberapa modul yang perlu anda tetapkan bagi membolehkan akaun dijalankan.
1  Penetapan Profil Kejiranan
  Lengkapkan Profil Kejiranan anda dengan mengisi kesemua maklumat. Maklumat yang dimasukkan di sini akan dipaparkan di dalam halaman senarai i-Neighbour di mana ianya dapat dilihat secara umum.
 
 
2  Penempatan Pentadbir dan Hubungan Kecemasan
  Tambah Admin dan serahkannya kepada Peranan Sistem yang sesuai untuk membantu anda menguruskan akaun kejiranan anda. Buat peranan sistem baru, jika perlu. Peranan sistem ialah satu set hak akses yang dapat disesuaikan untuk semua tetapan sistem, yang boleh digunakan untuk menyekat akses Admin yang diberikan. Membolehkan pilihan untuk "Tambah sebagai Kenalan Kecemasan" jika anda mahu pentadbir dimaklumkan apabila penduduk mencetuskan Tombol Panik melalui Aplikasi Mudah Alih i-Neighbour semasa kecemasan. Selepas Admin telah ditambah, e-mel pengaktifan akaun akan dihantar untuk pengesahan.
 
 
For further information on this module, please click here to refer to the Manage Admin/System Role Guide.
 
3  Tetapmula Blok/Jalan dan Nombor Unit Kejiranan Anda

Langkah 1: Masukkan Nama Jalan / Blok.
Langkah 2: Enter the initials of the unit number at the Prefix field. For example, unit number A-01-01. ‘A’ is the prefix.
Langkah 3: Masukkan jumlah unit tersedia bagi setiap Aras/Jalan.

Langkah 4: Sistem akan menjana secara automatik satu senarai unit bagi blok tersebut. Anda boleh mengedit nama aras (bagi hartanah bertingkat tinggi) dan nombor unit dengan sewajarnya.
 
For more guidance on this module, please click here to refer to the Manage Unit guide.
 
4  Jemput Pemilik untuk turut Menyertai
  Setelah anda membina satu blok atau satu jalan. anda boleh menjemput pemilik-pemilik unit untuk mendaftar dengan menuruti langkah-langkah di bawah:
   
Langkah 1: Muat turun templat Excel yang disediakan.
   
Langkah 2: Lengkapkan fail Excel tersebut dengan mengisikan maklumat: No. Lot (pilihan), Kod Akaun (Pilihan), Status Kediaman, Nama Pemilik, Alamat Emel Pemilik, No Telefon Pemilik, No Telefon Rumah Pemilik.
   
Langkah 3: Muat naik fail Excel yang telah dilengkapkan
   
Kod Akaun adalah satu ruang pilihan. Ianya hanya diperlukan jika sekiranya anda melanggan modul Payment Gateway.
   
Status Kediaman:
 
Pemilik (O): Pemilik unit mendiami unit tersebut.
 
Sewa (R): Penyewa mendiami unit tersebut.
 
Kosong (V): Pemilik unit tidak mendiami unit tersebut dan ianya tidak disewakan.
 
Bukan Ahli (NM): Pemilik unit tidak melanggan i-Neighbour.
 
Apabila mengimport butiran, Admin boleh memilih sama ada menghantar kelayakan login (melalui e-mel) Sekarang atau Kemudian kepada pemilik unit. Jika anda memilih Sekarang, sistem akan menghantar e-mel pengaktifan secara automatik ke pemilik unit masing-masing, seperti di bawah:
 
Nota: Sila maklumkan kepada pemilik unit untuk mengaktifkan akaun mereka menerusi App Mudah Alih i-Neighbour dengan menggunakan kod pengaktifan yang dihantar melalui emel.
 
For more guidance on this module, please click here to refer to the Manage Unit guide.
 
5  Tambahkan Lembaga Jawatankuasan dan Ahli-ahli Jawatankuasa
  Bina lembaga jawatankuasa dengan memasukkan nama, i.e Lembaga Jawatankuasa Tahun 2017 dan tempoh perkhidmatannya.
Tambahkan Ahli-ahli Jawatnkuasa dan masukkan maklumatnya. Sila ambil maklum bahawa hanya residen aktif yang telah mengaktifkan akaun i-Neighbour mereka sahaja yang boleh ditambah sebagai ahli jawatankuasa.
   
Langkah 1: Pilih Blok/Jalan di mana ahli jawatnkuasa tinggal.
   
Langkah 2: Pilih nombor unit ahli jawatankuasa tersebut
   
Langkah 3: Pilih jawatannya di dalam jawatankuasa
   
Langkah 4: Tandakan pilihan "Benarkan residen untuk melihat maklumat peribadi" jika sekiranya anda mahu mengongsikan maklumat nombor unit dan nombor telefon mudah alih jawatankuasa kepada semua residen.
   
  Additionally, you may also check the “Assign as Emergency Contact” option if you prefer the committee members to receive the Panic Alarm alert.
 
For further information on this module, please click here to refer to the Committee Members Guide.
 
   
6  Tentukan Ruang Data Pelawat
   
   
Konfigurasikan maklumat yang diperlukan kejiranan daripada pelawat dan tandakan ruang yang diperlukan tersebut. Anda juga boleh menambah ruang data jika perlu. Pelawat perlu mengsikan maklumat yang diperlukan semasa membuat pendaftaran.
   
For further information on this feature, please click here to refer to the Visitor Management Guide.
 
7  Menetapkan Akaun Pos Kawalan dan Pengawal Keselamatan
   
i-Neighbour menyediakan keselesaan dengan membenarkan residen melaporkan sebarang insiden atau kecacatan yang berlaku di dalam kejiranan menerusi App Mudah Alih i-Neighbour. Tetapkan senarai insiden atau kecacatan yang mungkin berlaku di dalam kejiranan dan keutamaan bagi setiap insiden atau kecacatan tersebut agar pentadbir yang bertugas dapat dimaklumkan dengan segera apabila laporan-laporan dibuat oleh residen.
   
   
Bina akaun pos kawalan bagi membolehkan pengawal keselamatan memantau akses pelawat-pelawat. Satu tablet adalah disyorkan bagi kegunaan pengawal keselamatan kerana App Mudah Alih i-Neighbour mempunyai satu fitur interkom yang membolehkan komunikasi di antara residen dan pengawal keselamatan dilaksanakan. Ianya adalah satu fitur yang berguna semasa pendaftaran walk-in.
   
   
Untuk tujuan keselamatan, masukkan maklumat asas pengawal keselamatan ke dalam sistem i-Neighbour bagi membolehkan residen memperolehi maklumat pengawal keselamatan yang bertugas di dalam kejiranan.
   
8  Penyediaan Laporan Insiden
   
   
Dengan modul Laporan Kejadian, anda boleh memantau insiden yang dilaporkan oleh penduduk. Pergi ke Tetapan dan berikan pentadbir untuk menjadi penerima pemberitahuan untuk setiap peringkat keutamaan.
 
For further information on this feature, please click here to refer to the Incident Report Guide.
 
Percubaan dan Bukti Konsep
 
a Seeorang pelawat membuat pra-pendaftaran untuk melawat sesorang residen dan menerima dengan segera satu kod QR setelah residen meluluskan lawatan tersebut.
b Residen meluluskan atau menolak pendaftaran pelawat melalui App Mudah Alih i-Neighbour.
c Pengawal keselamatan mengimbas kod QR pelawat menerusi App Mudah Alih i-Neighbour. Pengawal keselamatan boleh mengedit maklumat peribadi pelawat tersebut jika sekiranya sebarang maklumat didapati tidak tepat.
d Pemilik unit menerima satu notifikasi setelah pelawat mendaftar masuk.
e Pelawat akan mengimbas kod QR tersebut sekali lagi sebelum meninggalkan kejiranan.
 
Kelancaran Sistem
Nota: i-Neighbour adalah satu sistem yang mudah dilancarkan kerana ianya membenarkan pelaksanaan segera walaupun penglibatan residen tidak mencecah 100%.
 
Fitur-fitur Lain
 
1  Dokumen-dokumen dan Nombor Hubungan
  Bina satu papan buletin di dalam i-Neighbour dan muat naik dokumen seperti peraturan-peraturan rumah, borang-borang permohonan dan sebagainya. Sebagai tambahan, anda juga boleh memuat naik senarai nombor hubungan bagi vendor-vendor yang disyorkan. Maklumat-maklumat ini dapat diakses oleh residen pada bila-bila masa dan di mana jua menerusi App Mudah Alih i-Neighbour.
 
 
For further information, please click here to refer to the guide for Contacts.
Click here for more guidance on Documents.
 
 
2  Pengumuman
  Menyalurkan pengumuman penting seperti latihan kebakaran atau gangguan bekalan air. Penerima-penerima (pentadbir, residen dan pengawal keselamatan) akan dimaklumakan melalui App Mudah Alih i-Neighbour.
 
 
For further information on this feature, please click here to refer to the Announcement Guide.
 
3  Lawati Kaedah
  Muat naik peraturan lawatan kejiranan anda dan pelawat akan dapat mengaksesnya semasa melengkapkan pra-pendaftaran mereka.
 
 
For further information on this feature, please click here to refer to the Visitor Management Guide.
 
4  Fasiliti-fasiliti
  Tambahkan fasiliti-fasiliti di dalam kejiranan anda ke dalam akaun i-Neighbour anda bagi memudahkan proses tempahan. Tetapkan kelulusan automatik bagi membolehkan sistem memproses tempahan secara automatik. Notifikasi menerusi emel dan app akan dihantar kepada residen yang membuat tempahan fasiliti tersebut.
 
 
Langkah 1: Masukkan maklumat berkenaan fasiliti tersebut
 
 
Langkah 2: Tetapkan nama unit fasiliti tersebut beserta maklumat slotnya.
 
 
Langkah 3: Muat naik gambar fasiliti dan anda telahpun selesai!
 
For further information on this feature, please click here to refer to the Facility Booking Guide.
 
5  Penetapan Kit Siren
  Langkah ini hanya diperlukan jika sekiranya satu Kit Siren diinstalasikan di pos kawalan. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kit Siren.
 
 
6  Galakan Penggunaan
  Cetak dan laminatkan tanda Galakan Penggunaan ini serta tampalkannya di pos kawalan anda bagi menggalakkan pelawat untuk mengimbas dan memuat turun App ini. Terdapat 2 saiz tersedia, A5 dan A4, di dalam format lanskap dan potret. Pilih saiz yang bersesuaian untuk pos kawalan anda.
 
Lanskap: A4 A5
 
Potret: A4 A5
 
 
Muat turun PDF
Nota: Jika beberapa tangkapan skrin atau langkah-langkah yang dilihat di sini berbeza dari yang ada dalam sistem semasa, ini adalah disebabkan oleh usaha berterusan kami untuk memperbaiki sistem kami dari semasa ke semasa. Sila maklumkan kami di info@i-neighbour.com , kami akan mengemas kini secepat mungkin.