KELEBIHAN I-NEIGHBOUR
CIRI-CIRI HEBAT
Setiap produk yang berjaya perlu mempunyai ciri-ciri yang hebat serta
pengalaman pengguna yang positif. Dan salah satu ciri hebat di dalam
i-Neighbour ialah Butang Panik.
Butang Panik membenarkan pengguna menambah hubungan
kecemasan dan juga menyambungkan panggilan terus ke pos
pengawal. Anda boleh memasukkan ahli keluarga, teman rapat dan juga boleh mengimport nombor hubungan terus ke dalam i-Neighbour. Untuk memasukkan jiran sebagai hubungan kecemasan,
anda hanya perlu menaip nama jiran dengan tepat sebelum
permintaan anda dihantar ke jiran berkenaan.
Butang Panik ini boleh diintegrasi dengan Kit Siren IoT di pos pengawal
dan siren ini akan berbunyi ketika kecemasan. Ciri Butang Panik ini
didatangkan dengan lampu suluh serta bunyi penggera, dan telefon
akan mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar ini ke
pelayan ketika kecemasan berlaku sebagai bahan bukti. Ciri ini
dilengkapi dengan tag GPS untuk memberitahu lokasi tepat kecemasan
serta laporan sejarah lengkap untuk tujuan forensik. Untuk menghalang
pengguna tertekan butang ini secara tidak sengaja, Butang Panik perlu
ditekan selama tiga saat untuk menggeranya.
Walaupun Butang Panik ini hanyalah satu ciri, semua perincian telah
diambil kira dan pengguna dihidangkan dengan cara mudah untuk
menggunakannya. Secara ringkasnya, i-Neighbour dilengkapi dengan
ciri-ciri hebat untuk kelebihan para pengguna.
PERIHAL KESELAMATAN
Pengodam telah menyebabkan kerugian pengguna dan perniagaan
bernilai USD375 sehingga USD575 billion setahun; dan pembangun
sistem serta rakan kongsi mereka dipaksa menerima liabiliti akibat
kepincangan aspek keselamatan. Ciri-ciri keselamatan i-Neighbour
termasuk pensijilan ISO 27001, ujian penembusan kerap oleh pakar,
pengesahan 2-faktor dan pelbagai lagi telah dilakukan untuk meningkatkan
keselamatan. Pelaburan dalam aspek keselamatan juga mahal.
Oleh itu, banyak syarikat tidak memenuhi keperluan ini.
PERJANJIAN TAHAP SISTEM
Semua pengguna i-Neighbour yang berdaftar akan dilindungi dengan
Perjanjian Tahap Sistem yang diguna oleh sistem kami kerana kami
mengiktiraf keperluan untuk menyediakan kesemuanya untuk pelanggan
kami.
KUALITI DAN KEMATANGAN REKA BENTUK SISTEM
Syarikat kami diiktiraf dengan CMMI antarabangsa tahap 3 untuk memastikan
proses berkualiti dalam menghasilkan sistem yang lebih baik
berkualiti. Kesemua ahli pasukan pembangunan kami perlu mematuhi
piawaian ini dan pensijilan ini amat rumit yang berjaya diperoleh oleh
hanya beberapa syarikat tempatan.
SISTEM BACK END YANG KUKUH
i-Neighbour menyediakan analitik Big Data, menawarkan pengguna
dengan automasi yang lebih baik di dalam sistem dan pentadbir, serta
mempunyai fungsi amaran automatik.
PENYELESAIAN AWAN LAIN YANG TERSEDIA
i-Neighbour merupakan satu daripada pelbagai penyelesaian awan lain
yang kami hasilkan seperti TimeTec Patrol untuk sistem penyeliaan
pasukan keselamatan, TimeTec TA untuk sistem kedatangan kakitangan,
TimeTec VMS untuk sistem pengurusan pelawat pejabat, Epicamera untuk
penyimpanan video dan pengawasan, dan sebagainya, semua boleh
diintegrasi atau dipasang mandiri untuk mencapai status komuniti pintar
dalam perspektif yang lebih luas.
i-Neighbour merupakan produk sebuah syarikat yang bersemangat,
bertanggungjawab dan berdayasaing, TimeTec Cloud Sdn. Bhd.
PERIHAL PRIVASI
i-Neighbour mengamalkan polisi privasi yang ketat untuk semua modul
iaitu Pelawat, Pentadbir, Pasukan Keselamatan dan Penghuni. Kami
mematuhi piawaian antarabangsa privasi pengguna dan kami
mengambil serius berkenaan isu privasi.
SISTEM PELBAGAI BAHASA UNTUK KEMUDAHAN
i-Neighbour menawarkan lebih daripada 10 bahasa termasuk Bahasa
Inggeris, Melayu, Cina, dan juga Bahasa Nepal untuk menampung
keperluan pegawai keselamatan dari negara itu. Kami memberi
keutamaan dalam menyediakan pengalaman pengguna yang terbaik dan
bahasa penting untuk memuaskan hati pelanggan kami.
KEUPAYAAN INTEGRASI IoT
Penyelesaian i-Neighbour dibina oleh pasukan yang berpengalaman luas
dalam produk biometrik dan keselamatan, untuk menjadikan i-Neighbour
produk komuniti pintar berkualiti. Oleh itu, i-Neighbour sedang berkembang
dengan menggunapakai teknologi BLE dan skop keselamatan pintar
IoT termasuk sistem Pengesahan Nombor Plat kenderaan, Kunci Pintar,
Penggera Pintar, Kit Siren, Lif BLE, Pagar Automatik BLE dan sebagainya.
SUMBER LEBIH BAIK
Kami mempunyai pasukan RnD yang kuat terdiri daripada pengaturcara,
jurutera E & E, penguji perisian dan jurutera produk. Dan i-Neighbour juga
mempunyai pasukan pembangunan jenama yang dinamik terdiri
daripada pereka web & grafik, pereka UX & UI, editor video, dan copywriter
untuk memastikan penjenamaan produk dilakukan tepat dan secara
profesional.