PANDUAN BAGI PENGAWAL KESELAMATAN
   User Guide Main Page
Daftar Masuk Pelawat
Terdapat 2 pilihan bagi pengawal keselamatan mendaftar masuk pelawat.
Pilihan 1: Imbas Kod QR
Pilihan ini hanya digunapakai bagi pelawat-pelawat yang mempunyai kod QR dan telahpun melaksanakan pra-pendaftaran
Sila ambil perhatian bahawa kod QR tersebut hanya sah bagi pelawat-pelawat yang telah diluluskan oleh residen-residen.
Langkah 1: Pergi ke Utama > pilih Pengimbas Kod QR
Langkah 2: Semasa mengimbas, jika sekiranya kod QR tersebut adalah sah, maka maklumat mengenai pelawat tersebut akan dipamerkan pada skrin.

Langkah 3: Semak maklumat yang didaftarkan oleh pelawat:
Nama, No ID, No. Kenderaan (jika ada). Anda boleh mengedit maklumat pelawat sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat.

Langkah 4: Daftar masuk pelawat tersebut. Residen yang berkenaan akan dimaklumkan setelah pelawat tersebut didaftar masuk.
Pilihan 2: Pendaftaran Walk-In
Pelawat walk-in boleh mendaftar masuk ke dalam kejiranan melalui pendaftaran walk-in. Untuk melaksanakan Pendaftaran Walk-In, pergi ke Utama > pilih Pendaftaran Wal-In.
Langkah 1: Dapatkan maklumat residen daripada pelawat tersebut.
Langkah 2: Masukkan maklumat lawata:
  • Jenis Daftar Masuk
  Berkumpulan: Pelawat memasuki kejiranan di dalam kumpulan.
  Individu: Hanya seorang pelawat akan mendaftar masuk ke dalam kejiranan
   
  • Tujuan Lawatan
   
  • Daftar masuk dengan
  Kenderaan: Pelawat memandu masuk ke dalam kejiranan. Sekiranya anda memilih kenderaan, anda perlu memasukkan maklumat kenderaan pelawat tersebut.
  Walk-in: Pelawat berjalan masuk ke dalam kejiranan.
Langkah 3: Masukkan maklumat peribadi pelawat
   
Langkah 4: Hubungi residen untuk mendapatkan kelulusan. Langkau langkah ini sekiranya mendapatkan kebenaran residen tidak diamalkan di dalam kejiranan anda.
   
Langkah 5: Pilih Ditolak atau Diluluskan. Sekiranya " Diluluskan" dipilih, pengguna akan didaftar masuk ke dalam kejiranan anda.
Daftar Keluar Pelawat
Terdapat 2 kaedah mendaftar keluar pelawat daripada kejiranan anda.
Pilihan 1: Imbas Kod QR
Langkah 1: Pergi ke Utama > pilih Pengimbas Kod QR

Langkah 2: Semasa mengimbas, jika sekiranya kod QR tersebut adalah sah, maka pilih pilihan mendaftar keluar pelawat.

Daftar Keluar Pelawat menerusi Penyenaraian Pelawat
Langkah 1:
Pergi ke Utama> Pilih Pelawat
Langkah 2:
Dapatkan nama pelawat
Langkah 3:
Pilih profil pelawat
Langkah 4:
Pilih Daftar Keluar
Laporkan Pelawat Bermasalah
Adakalanya terdapat pelawat-pelawat yang melanggar pertaturan-peraturan dan mendatangkan masalah kepada kejiranan. Pelawat-pelawat ini boleh dihalang untuk memasuki kejiranan dengan menyenaraikannya di dalam kategori Senaraihitam
Langkah 1: Pergi ke profil pelawat dan pilih "Senaraihitam"

Langkah 2: Masukkan sebab-sebab mengapa pelawat ini perlu disenaraihitam oleh pihak pengurusan.

Sambungkan ke Pembaca Kad Pintar pada App i-Neighbour
Ambil maklum bahawa Pembaca Kad Pintar adalah satu pilihan perkakasan. Langkau perkara ini jika sekiranya kejiranan anda tidak menggunakan Pembaca Kad Pintar.
a Langkah 1: Pergi ke Tetapan telefon mudah alih anda, hubungkan kepada pembaca kad pintar bernama [nama pembaca kad pintar] melalui bluetooth.
b Langkah 2: Pergi ke Tetapan di dalam i-Neighbour untuk memilih pembaca kad pintar bagi pengguna.
Muat turun PDF
Nota: Jika beberapa tangkapan skrin atau langkah-langkah yang dilihat di sini berbeza dari yang ada dalam sistem semasa, ini adalah disebabkan oleh usaha berterusan kami untuk memperbaiki sistem kami dari semasa ke semasa. Sila maklumkan kami di info@i-neighbour.com , kami akan mengemas kini secepat mungkin.